KEPRIHATINAN SOSIAL
Selaku golongan yang bakal mewarisi kepimpinan dalam pelbagai bidang
kehidupan , kita remaja pelu memahami masyarakatnya. Untuk itu, perlu ada keprihatinan atau kepekaan terhadap
isu-isu dan masalah masyarakat. Tanpa keprihatinan sosial yang dipupuk di
Universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi bagaimana mungkin mereka dapat
memainkan peranan selaku pemimpin dalam menangani pelbagai masalah masyarakat?
Oleh itu, kita yang dewasa sedia ada pengalaman dan masa perlulah berkongsi dan
mencurahkan sedikit tenaga kepada remaja untuk memastikan keprihatinan sosial
tersebut bukanlah hanya tanggungjawab yang berpengalaman sahaja.
Keprihatinan sosial penting kerana sikap ini menrupakan intipati dan
asas kehidupan bermasyarakat. Keprihatinan sosial semakin penting ketika
berlaku proses permodenan atau perubahan pesat yang turut menghakis nilai-nilai
utama dan amalan kolektif (tradisional) masyarakat.
Contohnya,Pada hujung tahun 2014, beberapa buah Negeri di Malaysia
telah diuji dengan dugaan yang agak
berat iaitu banjir yang agak besar dan
telah menyebabkan kerosakkan serta kemusnahan kawasan perumahan. Musibah banjir
tersebut turut merosakkan tanaman, kematian ternakan,kemusnahan harta benda dan
kehilangan nyawa. Kelantan menrupakan negeri yang paling terjejas teruk dan
sudah pasti mengambil masa untuk pulih kembali.Ujian musim tengkujuh ini,
benar-benar menguji tahap kesabaran mangsa banjir, sekaligus membuktikan
keprihatinan golongan-golongan remaja untuk membantu.
Secara konklusinya,pendidikan yang khusus perlu diterapkan kepada
remaja untuk memupuk dan mengembangkan daya intelektual. Pihak Universiti dan
pusat-pusat pengajian tinggi perlu menjadi tunjang dan ‘batu loncatan’ kepada
pelajar sendiri untuk menjadi remaja yang menitikberatkan keprihatian sosial
dalam diri. Disinilah keprihatinan sosial itu sangat diperlukan kerana ia
memberi makna kepada kewujudan university/pusat-pusat pengajian tinggi di
tengah-tengah masyarakatnya. Ia dapat diibaratkan sebagai tanah yang subur maka
keprihatinan sosial pula benih-benih yang wajar bercambah untuk memanfaatkan
pelajar dan masyarakat sekitarnya.
Keratan Akhbar Tentang Keperhatinan Sosial |
Rujukkan
buku : generasi muda menangani cabaran 2004
|
No comments:
Post a Comment