Hiburan Melampau
Era globalisasi
kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa
hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan
canggih ini, kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah
mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di
negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini
telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan,
perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana
pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka
inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
Justeru itu, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung
jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang seperti komputer,
telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang sangat luas untuk
dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik, filem, tarian, ‘games’
dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan masa yang
terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan ketenangan. Malah
hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih
mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi
untuk mendapatkan sumber hiburan.
Kebelakangan
ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang
melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial
tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai
murni kemanusiaan serta agama
Justeru
itu, keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat sebagai tunggak masa hadapan Negara
kini semakin meningkat. Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda
awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal. Secara terperincinya,
pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak
dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal
ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita
hari ini.
Definasi Hiburan
Hiburan
merupakan kehendak fitrah naluri manusia yang inginkan untuk menghiburkan hati,
namun sejauh mana peranan hiburan mendatangkan manfaat untuk taqarrub (
mendekatkan hati ) dengan Allah SWT.
Apabila tersalah memilih bentuk hiburan maka ia akan menjurus kepada
maksiat. Mari kita sesama menyelami erti kata sebenar tentang hiburan ini.
Dalam bahasa arab hiburan ialah AL LAHW iaitu suatu perkara yang melekakan
manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang menganggu tidur
ia juga ada hubung kait dengan permainan, berjenaka, bersembang malam, menyanyi
dan sebagainya.
Pada dasarnya,
Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah
kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada
orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar
pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah
penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan?
Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai
Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya
kita.”
(Ibnu Majah)
Berdasarkan
hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta
menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf
al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati
serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh
Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh
merangsang kepada perbuatan dosa.
Hukum Hiburan
1-
Hiburan yang tidak memberi apa- apa kesan buruk atau baik. Hukumnya
makruh = berada di majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara- perkara yang
tidak mendatangkan faedah dan membuang masa.
2-
Hiburan yang mendatangkan kesan negative ( buruk ). Hukumnya haram jika
mendatangkan kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat seperti hiburan
yang mengabaikan solat lima waktu, bekerja dan sebagainya.
3-
Hiburan yang mendatangkan kesan yang positif ( baik ). Hukumnya harus
dan dibenarkan dalam islam. Mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyrakat
seperti permainan yang berfaedah, memanah dan sebagainya yang tidak bercanggah
dengan hokum syarak. Hiburan yang diterima baik dan rasional pada manusia.
Punca Punca
Remaja
merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah negara itu
berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu
untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah
negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara
itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk
sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja
semakin menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin
kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan
selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk
Terdapat banyak punya yang menyumbang
kepada gejala hiburan melampau. Antaranya kesibukan ibu bapa juga turut
menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan
mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka
menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya
akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang
mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan
anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan
aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.
Kesan Kesan
Akhlak merupakan cermin dan
peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat pentingdalam kehidupan
seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan
dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai
akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan
dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini,
terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama,
bangsa dan negara.Banyak kejadian seperti pembuangan bayi,
zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihandadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang
kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu
dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya
mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak
dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam
pada diri individu.
Langkah Langkah
Antara langkah bagi mengatasi hiburan
melampau dalam kalangan remaja ialah remaja perlu mendekatkan diri dengan
didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul
dengan orang yang lebih arif serta mendekatkan diri dengan ilmuan.
Seterusnya, ibu bapa berperanan dalam memberi
perhatian dalam mendidik anak anak dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup
terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sentiasa meluangkan masa untuk mengelakkan
anak mereka terjerumus dalam kancah maksiat.Selain itu menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan
dalam diri mereka. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan,
prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian
yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi
anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Akhir sekali, pihak kerajaan seperti
Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan sertiap
rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur
keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati
diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan
membaiki akhlak remaja.
Kesimpulan
Pada era globalisasi ini, remaja kita
tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan golongan
yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi.
Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri
mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih
hiburan terlampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang
berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang
berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan
inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini bukanlah
golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka
seperti bayi yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai
masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara
biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah
atau gejala sosial dalam kalangan remaj adalah perkara normal bagi umur mereka
yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang
berlaku diseluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.
Kesimpulanya,
ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka
supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu dengan cara ibubapa
perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam
aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu
berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk
mengelakkan perkara ini daripada berterusan.
Oleh
itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka
tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa
cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan
bangsa kerana para remaja merupakan suatu hari nanti.
Contoh contoh Hiburan Terlampau |
Contoh contoh Hiburan Terlampau |
No comments:
Post a Comment