Pengenalan
Khurafat diertikan sebagai cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, atau semua cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantangan, adat-istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Khurafat adalah bid’ah dalam bidang akidah, yakni kepercayaan atau keyakinan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Islam. Misalnya, meyakini kuburan orang soleh dapat memberikan berkah, memuja atau memohon kepada makhluk halus (jin), meyakini sebuah benda seperti tongkat, keris, kubur dan pokok memiliki kekuatan ghaib.
Khurafat adalah budaya masyarakat Jahiliyah. Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan, memberi kesan kepada nasib mereka. Masyarakat Jahiliah percaya, jika burung hantu menghinggapi dan berbunyi di atas sesebuah rumah, maka artinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan berdukacita. Wallahu a’lam.
Amalan khurafat merupakan
amalan yang telah berlaku sejak zaman Arab jahiliyyah lagi. Sehingga kini
amalan tersebut masih menjadi amalan dalam masyarakat Islam. Khurafat adalah
salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam. Amalan khurafat mengalih
pergantungan manusia terhadap Allah SWT.
Tajuk yang kami bincangkan
ialah mengenai Unsur-unsur Khurafat dalam Filem. Khurafat ialah suatu
kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama
Islam sedangkan pada hakikatnya ia sebenarnya dilarang oleh agama Islam
kerana bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat dalam Islam. Selain
itu, hal ini dapat memesongkan akidah kita sehingga boleh mengakibatkan kita
menyekutukan Allah.
Antara contoh perbuatan
khurafat atau karut yang diamalkan oleh masyarakt kita pada zaman ini
ialah mempercayai
tangkal azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang, ,
kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja
semangat padi dan pemujaan objek-objek tertentu, orang yang telah mati didalam
kubur digali untuk membuat pemujaan ke atas mayat tersebut. Pada masa kini,
kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan termasuklah perfileman yang
berunsurkan hantu dan seram. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak
mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi
yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada.
Namun
bentuk-bentuk hiburan sebegini dapat mengundang kealpaan juga memberi kesan
negatif kepada masyarakat. Lambakan drama dan filem yang berunsurkan tahyul, bidaah dan
khurafat kini mula mendapat kritikan daripada masyarakat yang prihatin dengan
perkembangan ini. Ada yang mula merasai keperluan untuk menghadkan pengeluaran
drama dan filem sebegini, kerana dikhuatiri mampu mendatangkan kesan maha
negatif kepada masyarakat terutama golongan muda-mudi. Sehinggakan mantan
perdana menteri, Tun Dr.Mahathir sendiri memberi pendapat bahawa lambakan filem
dan drama sebegini harus dikaji akan baik buruknya. Antara filem yang
mengandungi unsur-unsur khurafat ialah Munafik, Jangan Pandang
Belakang, Rasukan Ablasa, Histeria dan banyak lagi.
Pengertian Kurafat
Sumber khurafat adalah dinamisme dan animisme.
Dinamisme adalah kepercayaan adanya kekuatan dalam diri manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, benda-benda, dan kata-kata. Sedangkan Animisme adalah
kepercayaan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi manusia.
Khurafat diertikan sebagai cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, atau semua cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantangan, adat-istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Khurafat adalah bid’ah dalam bidang akidah, yakni kepercayaan atau keyakinan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Islam. Misalnya, meyakini kuburan orang soleh dapat memberikan berkah, memuja atau memohon kepada makhluk halus (jin), meyakini sebuah benda seperti tongkat, keris, kubur dan pokok memiliki kekuatan ghaib.
Khurafat adalah budaya masyarakat Jahiliyah. Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan, memberi kesan kepada nasib mereka. Masyarakat Jahiliah percaya, jika burung hantu menghinggapi dan berbunyi di atas sesebuah rumah, maka artinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan berdukacita. Wallahu a’lam.
Kesan Daripada Hasil Penghasilan Filem Berunsurkan Kurafat
Terdapat beberapa unsur-unsur yang negatif yang mampu
diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan
kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih
berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan
seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan
unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan
seseorang dari ajaran Islam.
Perkara
ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur
hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam.
Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa,
remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan
mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga
mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya
wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram
kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada
hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat
berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap
kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik. Kekuatan kepercayaan
terhadap hantu ini juga akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan
terhadap Allah s.w.t.
Dalam
hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka
terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika
berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana
rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan
berlarutan dan perlu ditangani segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan
pengaruh filem hantu terhadap penonton; menyenaraikan kesan antaranya tidak
nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang
daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem
ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang
terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.
Firman
Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم
الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو
وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai
anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan
kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka
berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu
tertutup) Sesungguhnya syaitan
dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
Antara contoh perbuatan
khurafat ialah :
·Menanam
sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap
dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
·Jika
bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
·Jika
sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini
pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.
·Jika
bunga teratai berkembang, hal ini pertanda bahwa dewa-dewa turun memberkatinya.
Orang India mempersembahkan bunga teratai putih untuk Dewa Syiwa, bunga teratai
merah untuk Dewa Brahma, dan bunga teratai biru untuk Wishnu.
·Orang-orang
Budha beranggapan bahwa jika bunga teratai tengah berkembang berarti roh-roh
Budha tengah bersukaria.
·Orang-orang
China beranggapan bahwa dengan membuat bubur kacang merah pada sembahyang Tang
Ceh, roh-roh jahatpun akan pergi terusir.
·Cabai
merah disajikan ketika terjadi hujan berhari-hari. Mengapa? Karena mereka
menganggap dengan itu hujan akan cepat berhenti.
·Jika
terjadi musim penyakit, ditaruhlah bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput
agar roh-roh pembawa penyakit tidak mendekati rumah.
·Orang-orang
China pada upacara Peh Cun menaruh rumput Ciang Pow (Acerus Calamus) di atas
pintu, agar roh orang suci yang membunuh diri turun memberkati si empunya
rumah.
·Jika
sebatang pohon Natal dipasang ditengah rumah, dianggap roh Yesus akan turun
memberi pengampunan.
·Jika
anak-anak kecil terserang penyakit perut digantungkanlah sepotong aur kuning
pada leher anak itu karena menganggap aur kuning dapat menolak penyakit.
·Mengambil
daun pisang beserta pelepahnya pada petang hari dianggap dapat menyebabkan
kematian dalam perjalanan.
·Pohon
anjuang yang di tanam di sawah dan ladang dianggap dapat mengusir hantu pembawa
hama tanaman. Pohon anjuang yang ditanam di kuburan dianggap dapat
menghindarkan gangguan hantu kubur pada roh-roh mati dalam kuburan.
·Pohon
leci yang tengah berbuah dianggap sebagai pertanda roh-roh nenek moyang tengah
berpesta pora.
·Merangkai
bunga melati pada malam hari dianggap dapat menghadirkan roh-roh gadis remaja.
Kesimpulan
Natijahnya, semua pihak perlulah saling berganding bahu dan bekerjasama dalam
penyelesaian dan pengawalan filem yang berunsurkan khurafat. Pihak-pihak yang
berwajib seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlulah
sentiasa melakukan pemantauan dan mengetatkan peraturan dalam bidang perfileman
Negara ini supaya unsur-unsur khurafat ini dapat dibendung dan diatasi dengan
sebaiknya. Manakala, masyarakat juga perlulah prihatin dan memandang tegas
dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat ini. Jika terdapat sebarang
unsur-unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan, masyarakat perlu
membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini demikian kerana unsur-unsur
khurafat ini boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat sekeliling.
Tambahan
pula, sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran,
kita perlulah sentiasa tegas dalam membanteras dan membendung masalah yang
berkaitan pengamalan unsur-unsur khurafat dalam kalangan masyarakat. Segala
kegiatan khurafat yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan
dan dihapuskan. Mungkin perkara ini tidaklah memberi impak yang besar dalam
keseluruhan masyarakat tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan
buruk kepada keseluruhannya. Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan
janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak
dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat
kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau
orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan itu seharusnya kita lebih
berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat tanpa tapisan dari
pihak berkuasa akan tersebar meluas dalam negara.
Akhir
sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga
sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan
amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya
masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa
dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya,
apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.
Contoh Dari Filem Khurafat |
Contoh Dari Filem Munafik |
No comments:
Post a Comment