Tuesday, 14 March 2017

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA - Batas Batas Pergaulan

Batas Batas Pergaulan

   Pergaulan merujuk proses sosialisasi antara sesama manusia. Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

   Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “ khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur. Maksud pergaulan (ikhtilaf) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara 3 orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.  Hukum pergaulan di antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram.



   Pergaulan merujuk proses sosialisasi antara sesama manusia. Islam meletakkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Adab-Adab dan Batas Pergaulan Dalam Islam
Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang perbuatan serong hamba-hamba-Nya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga ketika bergaul oleh setiap umat-Nya. Antaranya:

1.    Memelihara pandangan
2.    Menutup aurat secara sempurna
3.    Tidak bedua-duaan antara bukan mahram
4.    Menjaga perkataan dan mengawal perbuatan
5.    Mengawal perhiasan
6.    Menghindari tempat yang tidak baik
Kesan Buruk yang Timbul daripada Pergaulan Bebas
1.    Merosakkan jiwa dan akhlak
2.    Menyuburkan perzinaan      
3.    Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
4.    Membawa kepada kemurkaan Allah SWT


   Batas untuk menghapuskan pergaulan secara bebas ialah menahan pandangan dari kedua belah pihak maksudnya, tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak berlama-lama memandang tanpa ada keperluan. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan mengetahui apa yang mereka perbuat.` Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.

   Kesimpulannya, batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan hendaklah di jaga dan menjaga pergaulan tersebut. Pergaulan yang baik ialah melaksanakan pergaulan norma-norma kemasyarakatan yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak, serta memenuhi segala yang berhak mendapatkannya masing-masing menurut kadarnya. Pergaulan bebas tidak akan terjadi kalau semua pihak membanting tulang mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah tunggu sehingga Allah S.W.T yang menurunkan bencannya.



Maksud Batas Pergaulan
Tata Cara Yang Baik Menurut Islam

Salah satu contoh yang tidak beretika didalam pergaulan dan juga melanggar syariat Islam


No comments:

Post a Comment