Thursday, 16 March 2017

ISU-ISU KONTEMPORARI - Perkauman

Perkauman

   Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini. Namun adakah kita telah mencapai tahap persepakatan yang boleh dikatakan memuaskan setelah 57 tahun merdeka? 

   Kerajaan Demokrasi’ juga merupakan satu alternative mengatasihalangan perpaduan yang wujud. Semua warga Negara yang memenuhi syaratdan tidak melanggar undang-undang Negara boleh menyuarakan pendapat dankritikan. Pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. Calonyang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negari atauDewan Rakyat.

Perpaduan Ekonomi

Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untukmencapai hasrat tersebut, kerajaan telah mengambil langkah denganmengintegrasikan ekonomi.Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru,Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonominegara. Dasar-dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yangseimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhanlebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untukmeninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar-dasar ini juga merupakan satu usahakerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negarasupaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaumakan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di kalanganrakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonominegara.

Perpaduan Sosial dan Kebudayaan

Melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),kerajaan telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti ke arah memeliharadan memperkukuhkan semangat perpaduan negara melalui strategi jangkapendek dan jangka panjang.Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yangmenggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga.Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagaiperingkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan,rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan,keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi jugadianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan ini, akanmembolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka.Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra danharmoni.Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduannasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar SosialNegara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklahprogram-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan-perayaanumum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budayamasyarakat Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenarmewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamatterulung negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, perpaduan negara adalah tanggungjawab bersama.Justeru, segala dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyatMalaysia. Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telahdiperkenalkan sejak zaman merdeka hinggalah sekarang perlu sering disemakbagi memastikan setiap dasar yang dirancang dapat mewujudkan perpaduandan integrasi antara etnik dengan berkesan.

Contoh Gambar Berbilang Kaum

Contoh Gambar Berbilang Kaum


No comments:

Post a Comment