Penyebaran Fitnah
Umumnya, fitnah bukanlah
satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi
permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang
digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya
budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada
yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap
kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
Oleh
itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak
betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah
yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan
soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media
baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya
amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak
yang berwajib.
Jenayah
fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa
sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh
individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak
bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil
kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila
setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca.
Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat
tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter,
blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam
kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan
bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa
disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat
dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang
kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan
dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya
seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden
sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah
telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat
pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email
memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu
bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai
contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang
tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat.
Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan
melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat.
Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan melanggar batas
agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan
saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan
oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan
oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta
dendam kesumat yang membara.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Daripada hadis yang baginda ada menyebut “bersumpah
dengan sumpah yang dusta”, sumpah yang dusta seperti yang dinyatakan dalam
hadis tersebut ialah fitnah. Tidak ada fitnah yang benar, setiap perkara dan
maklumat yang disampaikan, dan kesahihan maklumat tersebut diragui, ia adalah
fitnah. Menyedari bahayanya fitnah, umat Islam digalakkan supaya meneliti dan
mencari kebenaran tentang maklumat yang disebarkan. Sungguh pun maklumat
tersebut disampaikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan agama, umat Islam
digalakkan untuk meneliti dan menganalisis maklumat tersebut. Firman Allah swt
dalam surah al-Hujurat ayat 6 :
“Wahai orang-orang Yang beriman, jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini –
Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali
apa Yang kamu telah lakukan.”
Antara contoh kes fitnah yang disebarkan melalui internet ialah
kes yang melibatkan seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril yang didakwa
atas tiga tuduhan menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti
Nurhaliza binti Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes lain ialah
seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat
pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan
tuduhan meniru tudung keluarannya.
Apabila sesuatu maklumat atau berita yang berbaur fitnah, pasti akan mendapat
sambutan yang begitu menggalakkan. Apatah lagi apabila berita tersebut
dikaitkan dengan individu yang berpengaruh dan kenamaan. Berita tersebut pasti
akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan pembaca-pembaca. Sehubungan itu,
sebagai seorang muslim wajib bagi kita untuk menyelidiki maklumat yang
disebarkan sebelum mempercayainya
Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan
hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri
sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah
membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk
menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti
peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu
dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.
Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman
sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan
kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul.
Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi
komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.
Antara Keratan Akhbar |
Antara Keratan Akhbar sinar harian |
No comments:
Post a Comment