Wednesday, 15 March 2017

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA - Konsep Persaudaraan

KONSEP PESAUDARAAN

“Sesungguhnya orang –orang mu’min itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”
Setiap umat Islam adalah bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara iaitu kelahiran, susuan dan akidah.

Persaudaraan yang dimaksudkan adalah bukan menurut ikatan geneologi tapi menurut ikatan iman dan agama. Hal tersebut  disyariatkan dalam larangan Allah SWT mendoakan orang yang bukan Islam setelah kematian mereka. Oleh itu, kita sebagai orang Islam perlulah menghormati mereka meskipun mereka orang yang bukan Islam. Tidak benarlah seorang Muslim mengabaikan ikatan kekeluargaan walaupun dengan orang bukan Islam.

Seperti contoh,Nabi SAW juga menekankan pentingnya membangun persaudaraan dalam Islam cara seperti kita ambil berat dan saling tolong-menolong antara sesama saudara. Baginda besabda “Allah SWT menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya”.Juga peristiwa terbaik untk menjelaskan tentang kerjasama antara umat Islam ialah Perang Uhud. Rasullulah SAW telah memutuskan supaya bertahan di kota Madinah. Namun, suara majoriti tentera ingin bertahan di luar kota Madinah.Lalu, Rasullulah SAW telah melaksanakan keputusan majority tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan Baginda sendiri.Ini bermaksud, Baginda juga amat menitikberatkan cadangan dan rancangan dari tentera-tentera, di samping berserah dan bertawakal kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mebiarkan seseorang itu beseorangan walau sedetik pun seperti sabda Nabi SAW Yang bermaksud:
“Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah menunaikan hajatnya”.

Secara kesimpulannya,semua umat Islam itu bersaudara. Oleh itu, apabila kita ingin memberikan nasihat. Perlulah kita memberikan nasihat dengan cara yang baik dan mematuhi syariat Islam dengan memberikan nasihat dengan kata-kata yang lembut ,nasihat yang ikhlas,nasihat itu terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain dan bersikap sabar ketika memberikan nasihat.

konsep Persaudaraan Dalam Islam

Pengertian Persaudaraan

contoh gambar

Rujukkan
http://beritaislamimasakini.com/

No comments:

Post a Comment