Thursday, 16 March 2017
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
LAMAN UTAMA
- MUKA DEPAN MAJALAH
- LOGO MAJALAH
- NAMA AHLI KUMPULAN
- GAMBAR AHLI KUMPULAN
KENALI KAMI
- LATAR BELAKANG MAJALAH
- SIDANG REAKSI MAJALAH
- BATAS BATAS PERGAULAN
- KONSEP KEJIRANAN
- KONSEP PERSAUDARAAN
- KEPERIHATINAN SOSIAL
- UNSUR UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM
- HIBURAN MELAMPAU
- PENYEBARAN FITNAH
- PERKAUMAN
Ahli Kumpulan
E-majalah subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam.
kelas DIB5B
Nama ahli kumpulan:
Nama:Mohamad Athif Bin Ramli 10DIB14F2032 |
Nama: Nurul Ain binti Mohd Nor 10DIB14F2042 |
Nama: Ainatul asykin binti abd wahab 10DIB14F2044 |
nama: Nurajalina binti jafri sham 10DIB14F2070 |
Nama: Muhammad Firdaus Bin Sabri 10DIB14F2070 |
ISU-ISU KONTEMPORARI - Penyebaran Fitnah
Penyebaran Fitnah
Umumnya, fitnah bukanlah
satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi
permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang
digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya
budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada
yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap
kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
Oleh
itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak
betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah
yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan
soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media
baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya
amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak
yang berwajib.
Jenayah
fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa
sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh
individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak
bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil
kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila
setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca.
Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat
tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter,
blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam
kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan
bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa
disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat
dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang
kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan
dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya
seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden
sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah
telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat
pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email
memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu
bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai
contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang
tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat.
Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan
melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat.
Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan melanggar batas
agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan
saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan
oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan
oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta
dendam kesumat yang membara.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Daripada hadis yang baginda ada menyebut “bersumpah
dengan sumpah yang dusta”, sumpah yang dusta seperti yang dinyatakan dalam
hadis tersebut ialah fitnah. Tidak ada fitnah yang benar, setiap perkara dan
maklumat yang disampaikan, dan kesahihan maklumat tersebut diragui, ia adalah
fitnah. Menyedari bahayanya fitnah, umat Islam digalakkan supaya meneliti dan
mencari kebenaran tentang maklumat yang disebarkan. Sungguh pun maklumat
tersebut disampaikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan agama, umat Islam
digalakkan untuk meneliti dan menganalisis maklumat tersebut. Firman Allah swt
dalam surah al-Hujurat ayat 6 :
“Wahai orang-orang Yang beriman, jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini –
Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali
apa Yang kamu telah lakukan.”
Antara contoh kes fitnah yang disebarkan melalui internet ialah
kes yang melibatkan seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril yang didakwa
atas tiga tuduhan menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti
Nurhaliza binti Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes lain ialah
seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat
pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan
tuduhan meniru tudung keluarannya.
Apabila sesuatu maklumat atau berita yang berbaur fitnah, pasti akan mendapat
sambutan yang begitu menggalakkan. Apatah lagi apabila berita tersebut
dikaitkan dengan individu yang berpengaruh dan kenamaan. Berita tersebut pasti
akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan pembaca-pembaca. Sehubungan itu,
sebagai seorang muslim wajib bagi kita untuk menyelidiki maklumat yang
disebarkan sebelum mempercayainya
Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan
hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri
sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah
membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk
menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti
peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu
dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.
Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman
sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan
kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul.
Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi
komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.
Antara Keratan Akhbar |
Antara Keratan Akhbar sinar harian |
ISU-ISU KONTEMPORARI - Perkauman
Perkauman
Malaysia merupakan satu
negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum
yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum
utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan
melebihi 28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera
Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah
kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya
sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh
negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan
kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang
dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera.
Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak
program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara
kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin
menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga
kini. Namun adakah kita telah mencapai tahap persepakatan yang boleh dikatakan
memuaskan setelah 57 tahun merdeka?
Kerajaan Demokrasi’ juga merupakan satu alternative
mengatasihalangan perpaduan yang wujud. Semua warga Negara yang memenuhi
syaratdan tidak melanggar undang-undang Negara boleh menyuarakan pendapat
dankritikan. Pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil.
Calonyang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil
rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negari
atauDewan Rakyat.
Perpaduan Ekonomi
Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untukmencapai hasrat
tersebut, kerajaan telah mengambil langkah denganmengintegrasikan
ekonomi.Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi
Baru,Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonominegara.
Dasar-dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yangseimbang bagi
sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhanlebih sama rata dan
saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan
adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untukmeninggikan taraf hidup
rakyatnya. Dasar-dasar ini juga merupakan satu usahakerajaan untuk melibatkan
semua rakyat menyertai pembangunan negarasupaya negara boleh mencapai kemajuan
yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi
mengikut kaumakan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di
kalanganrakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan
ekonominegara.
Perpaduan Sosial dan Kebudayaan
Melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),kerajaan
telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti ke arah memeliharadan
memperkukuhkan semangat perpaduan negara melalui strategi jangkapendek dan
jangka panjang.Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti
yangmenggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia
yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan
diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun
Tetangga.Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat
dari pelbagaiperingkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial
pendidikan, sukan,rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam
sekitar, kebajikan,keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan
integrasi jugadianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain
ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang
berterusan ini, akanmembolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan
antara mereka.Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra
danharmoni.Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui
dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah
perpaduannasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar
SosialNegara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya
termasuklahprogram-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti
majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari
perayaan-perayaanumum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.Akhirnya apabila
perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budayamasyarakat Malaysia kita akan
mencapai perpaduan dalam erti yang sebenarmewujudkan bangsa Malaysia yang kita
telah tentukan sebagai matlamatterulung negara.
Kesimpulan
Kesimpulannya, perpaduan negara adalah tanggungjawab bersama.Justeru,
segala dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha memupuk integrasi
antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyatMalaysia. Sesuai
dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telahdiperkenalkan sejak zaman
merdeka hinggalah sekarang perlu sering disemakbagi memastikan setiap dasar
yang dirancang dapat mewujudkan perpaduandan integrasi antara etnik dengan
berkesan.
Contoh Gambar Berbilang Kaum |
Contoh Gambar Berbilang Kaum |
Wednesday, 15 March 2017
ISU-ISU KONTEMPORARI - Hiburan Melampau
Hiburan Melampau
Era globalisasi
kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa
hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan
canggih ini, kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah
mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di
negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini
telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan,
perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana
pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka
inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
Justeru itu, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung
jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang seperti komputer,
telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang sangat luas untuk
dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik, filem, tarian, ‘games’
dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan masa yang
terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan ketenangan. Malah
hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih
mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi
untuk mendapatkan sumber hiburan.
Kebelakangan
ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang
melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial
tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai
murni kemanusiaan serta agama
Justeru
itu, keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat sebagai tunggak masa hadapan Negara
kini semakin meningkat. Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda
awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal. Secara terperincinya,
pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak
dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal
ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita
hari ini.
Definasi Hiburan
Hiburan
merupakan kehendak fitrah naluri manusia yang inginkan untuk menghiburkan hati,
namun sejauh mana peranan hiburan mendatangkan manfaat untuk taqarrub (
mendekatkan hati ) dengan Allah SWT.
Apabila tersalah memilih bentuk hiburan maka ia akan menjurus kepada
maksiat. Mari kita sesama menyelami erti kata sebenar tentang hiburan ini.
Dalam bahasa arab hiburan ialah AL LAHW iaitu suatu perkara yang melekakan
manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang menganggu tidur
ia juga ada hubung kait dengan permainan, berjenaka, bersembang malam, menyanyi
dan sebagainya.
Pada dasarnya,
Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah
kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada
orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar
pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah
penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan?
Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai
Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya
kita.”
(Ibnu Majah)
Berdasarkan
hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta
menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf
al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati
serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh
Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh
merangsang kepada perbuatan dosa.
Hukum Hiburan
1-
Hiburan yang tidak memberi apa- apa kesan buruk atau baik. Hukumnya
makruh = berada di majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara- perkara yang
tidak mendatangkan faedah dan membuang masa.
2-
Hiburan yang mendatangkan kesan negative ( buruk ). Hukumnya haram jika
mendatangkan kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat seperti hiburan
yang mengabaikan solat lima waktu, bekerja dan sebagainya.
3-
Hiburan yang mendatangkan kesan yang positif ( baik ). Hukumnya harus
dan dibenarkan dalam islam. Mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyrakat
seperti permainan yang berfaedah, memanah dan sebagainya yang tidak bercanggah
dengan hokum syarak. Hiburan yang diterima baik dan rasional pada manusia.
Punca Punca
Remaja
merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah negara itu
berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu
untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah
negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara
itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk
sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja
semakin menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin
kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan
selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk
Terdapat banyak punya yang menyumbang
kepada gejala hiburan melampau. Antaranya kesibukan ibu bapa juga turut
menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan
mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka
menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya
akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang
mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan
anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan
aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.
Kesan Kesan
Akhlak merupakan cermin dan
peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat pentingdalam kehidupan
seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan
dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai
akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan
dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini,
terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama,
bangsa dan negara.Banyak kejadian seperti pembuangan bayi,
zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihandadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang
kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu
dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya
mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak
dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam
pada diri individu.
Langkah Langkah
Antara langkah bagi mengatasi hiburan
melampau dalam kalangan remaja ialah remaja perlu mendekatkan diri dengan
didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul
dengan orang yang lebih arif serta mendekatkan diri dengan ilmuan.
Seterusnya, ibu bapa berperanan dalam memberi
perhatian dalam mendidik anak anak dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup
terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sentiasa meluangkan masa untuk mengelakkan
anak mereka terjerumus dalam kancah maksiat.Selain itu menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan
dalam diri mereka. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan,
prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian
yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi
anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Akhir sekali, pihak kerajaan seperti
Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan sertiap
rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur
keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati
diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan
membaiki akhlak remaja.
Kesimpulan
Pada era globalisasi ini, remaja kita
tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan golongan
yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi.
Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri
mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih
hiburan terlampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang
berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang
berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan
inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini bukanlah
golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka
seperti bayi yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai
masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara
biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah
atau gejala sosial dalam kalangan remaj adalah perkara normal bagi umur mereka
yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang
berlaku diseluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.
Kesimpulanya,
ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka
supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu dengan cara ibubapa
perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam
aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu
berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk
mengelakkan perkara ini daripada berterusan.
Oleh
itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka
tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa
cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan
bangsa kerana para remaja merupakan suatu hari nanti.
Contoh contoh Hiburan Terlampau |
Contoh contoh Hiburan Terlampau |
ISU-ISU KONTEMPORARI - Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem
Pengenalan
Khurafat diertikan sebagai cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, atau semua cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantangan, adat-istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Khurafat adalah bid’ah dalam bidang akidah, yakni kepercayaan atau keyakinan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Islam. Misalnya, meyakini kuburan orang soleh dapat memberikan berkah, memuja atau memohon kepada makhluk halus (jin), meyakini sebuah benda seperti tongkat, keris, kubur dan pokok memiliki kekuatan ghaib.
Khurafat adalah budaya masyarakat Jahiliyah. Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan, memberi kesan kepada nasib mereka. Masyarakat Jahiliah percaya, jika burung hantu menghinggapi dan berbunyi di atas sesebuah rumah, maka artinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan berdukacita. Wallahu a’lam.
Amalan khurafat merupakan
amalan yang telah berlaku sejak zaman Arab jahiliyyah lagi. Sehingga kini
amalan tersebut masih menjadi amalan dalam masyarakat Islam. Khurafat adalah
salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam. Amalan khurafat mengalih
pergantungan manusia terhadap Allah SWT.
Tajuk yang kami bincangkan
ialah mengenai Unsur-unsur Khurafat dalam Filem. Khurafat ialah suatu
kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama
Islam sedangkan pada hakikatnya ia sebenarnya dilarang oleh agama Islam
kerana bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat dalam Islam. Selain
itu, hal ini dapat memesongkan akidah kita sehingga boleh mengakibatkan kita
menyekutukan Allah.
Antara contoh perbuatan
khurafat atau karut yang diamalkan oleh masyarakt kita pada zaman ini
ialah mempercayai
tangkal azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang, ,
kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja
semangat padi dan pemujaan objek-objek tertentu, orang yang telah mati didalam
kubur digali untuk membuat pemujaan ke atas mayat tersebut. Pada masa kini,
kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan termasuklah perfileman yang
berunsurkan hantu dan seram. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak
mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi
yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada.
Namun
bentuk-bentuk hiburan sebegini dapat mengundang kealpaan juga memberi kesan
negatif kepada masyarakat. Lambakan drama dan filem yang berunsurkan tahyul, bidaah dan
khurafat kini mula mendapat kritikan daripada masyarakat yang prihatin dengan
perkembangan ini. Ada yang mula merasai keperluan untuk menghadkan pengeluaran
drama dan filem sebegini, kerana dikhuatiri mampu mendatangkan kesan maha
negatif kepada masyarakat terutama golongan muda-mudi. Sehinggakan mantan
perdana menteri, Tun Dr.Mahathir sendiri memberi pendapat bahawa lambakan filem
dan drama sebegini harus dikaji akan baik buruknya. Antara filem yang
mengandungi unsur-unsur khurafat ialah Munafik, Jangan Pandang
Belakang, Rasukan Ablasa, Histeria dan banyak lagi.
Pengertian Kurafat
Sumber khurafat adalah dinamisme dan animisme.
Dinamisme adalah kepercayaan adanya kekuatan dalam diri manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, benda-benda, dan kata-kata. Sedangkan Animisme adalah
kepercayaan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi manusia.
Khurafat diertikan sebagai cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, atau semua cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantangan, adat-istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Khurafat adalah bid’ah dalam bidang akidah, yakni kepercayaan atau keyakinan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Islam. Misalnya, meyakini kuburan orang soleh dapat memberikan berkah, memuja atau memohon kepada makhluk halus (jin), meyakini sebuah benda seperti tongkat, keris, kubur dan pokok memiliki kekuatan ghaib.
Khurafat adalah budaya masyarakat Jahiliyah. Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan, memberi kesan kepada nasib mereka. Masyarakat Jahiliah percaya, jika burung hantu menghinggapi dan berbunyi di atas sesebuah rumah, maka artinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan berdukacita. Wallahu a’lam.
Kesan Daripada Hasil Penghasilan Filem Berunsurkan Kurafat
Terdapat beberapa unsur-unsur yang negatif yang mampu
diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan
kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih
berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan
seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan
unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan
seseorang dari ajaran Islam.
Perkara
ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur
hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam.
Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa,
remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan
mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga
mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya
wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram
kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada
hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat
berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap
kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik. Kekuatan kepercayaan
terhadap hantu ini juga akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan
terhadap Allah s.w.t.
Dalam
hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka
terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika
berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana
rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan
berlarutan dan perlu ditangani segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan
pengaruh filem hantu terhadap penonton; menyenaraikan kesan antaranya tidak
nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang
daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem
ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang
terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.
Firman
Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم
الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو
وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai
anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan
kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka
berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu
tertutup) Sesungguhnya syaitan
dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
Antara contoh perbuatan
khurafat ialah :
·Menanam
sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap
dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
·Jika
bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
·Jika
sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini
pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.
·Jika
bunga teratai berkembang, hal ini pertanda bahwa dewa-dewa turun memberkatinya.
Orang India mempersembahkan bunga teratai putih untuk Dewa Syiwa, bunga teratai
merah untuk Dewa Brahma, dan bunga teratai biru untuk Wishnu.
·Orang-orang
Budha beranggapan bahwa jika bunga teratai tengah berkembang berarti roh-roh
Budha tengah bersukaria.
·Orang-orang
China beranggapan bahwa dengan membuat bubur kacang merah pada sembahyang Tang
Ceh, roh-roh jahatpun akan pergi terusir.
·Cabai
merah disajikan ketika terjadi hujan berhari-hari. Mengapa? Karena mereka
menganggap dengan itu hujan akan cepat berhenti.
·Jika
terjadi musim penyakit, ditaruhlah bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput
agar roh-roh pembawa penyakit tidak mendekati rumah.
·Orang-orang
China pada upacara Peh Cun menaruh rumput Ciang Pow (Acerus Calamus) di atas
pintu, agar roh orang suci yang membunuh diri turun memberkati si empunya
rumah.
·Jika
sebatang pohon Natal dipasang ditengah rumah, dianggap roh Yesus akan turun
memberi pengampunan.
·Jika
anak-anak kecil terserang penyakit perut digantungkanlah sepotong aur kuning
pada leher anak itu karena menganggap aur kuning dapat menolak penyakit.
·Mengambil
daun pisang beserta pelepahnya pada petang hari dianggap dapat menyebabkan
kematian dalam perjalanan.
·Pohon
anjuang yang di tanam di sawah dan ladang dianggap dapat mengusir hantu pembawa
hama tanaman. Pohon anjuang yang ditanam di kuburan dianggap dapat
menghindarkan gangguan hantu kubur pada roh-roh mati dalam kuburan.
·Pohon
leci yang tengah berbuah dianggap sebagai pertanda roh-roh nenek moyang tengah
berpesta pora.
·Merangkai
bunga melati pada malam hari dianggap dapat menghadirkan roh-roh gadis remaja.
Kesimpulan
Natijahnya, semua pihak perlulah saling berganding bahu dan bekerjasama dalam
penyelesaian dan pengawalan filem yang berunsurkan khurafat. Pihak-pihak yang
berwajib seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlulah
sentiasa melakukan pemantauan dan mengetatkan peraturan dalam bidang perfileman
Negara ini supaya unsur-unsur khurafat ini dapat dibendung dan diatasi dengan
sebaiknya. Manakala, masyarakat juga perlulah prihatin dan memandang tegas
dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat ini. Jika terdapat sebarang
unsur-unsur yang berlebihan dalam filem yang ditayangkan, masyarakat perlu
membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini demikian kerana unsur-unsur
khurafat ini boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat sekeliling.
Tambahan
pula, sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran,
kita perlulah sentiasa tegas dalam membanteras dan membendung masalah yang
berkaitan pengamalan unsur-unsur khurafat dalam kalangan masyarakat. Segala
kegiatan khurafat yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan
dan dihapuskan. Mungkin perkara ini tidaklah memberi impak yang besar dalam
keseluruhan masyarakat tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan
buruk kepada keseluruhannya. Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan
janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak
dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat
kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau
orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan itu seharusnya kita lebih
berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat tanpa tapisan dari
pihak berkuasa akan tersebar meluas dalam negara.
Akhir
sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga
sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan
amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya
masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa
dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya,
apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.
Contoh Dari Filem Khurafat |
Contoh Dari Filem Munafik |
KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA - Keprihatinan Sosial
KEPRIHATINAN SOSIAL
Selaku golongan yang bakal mewarisi kepimpinan dalam pelbagai bidang
kehidupan , kita remaja pelu memahami masyarakatnya. Untuk itu, perlu ada keprihatinan atau kepekaan terhadap
isu-isu dan masalah masyarakat. Tanpa keprihatinan sosial yang dipupuk di
Universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi bagaimana mungkin mereka dapat
memainkan peranan selaku pemimpin dalam menangani pelbagai masalah masyarakat?
Oleh itu, kita yang dewasa sedia ada pengalaman dan masa perlulah berkongsi dan
mencurahkan sedikit tenaga kepada remaja untuk memastikan keprihatinan sosial
tersebut bukanlah hanya tanggungjawab yang berpengalaman sahaja.
Keprihatinan sosial penting kerana sikap ini menrupakan intipati dan
asas kehidupan bermasyarakat. Keprihatinan sosial semakin penting ketika
berlaku proses permodenan atau perubahan pesat yang turut menghakis nilai-nilai
utama dan amalan kolektif (tradisional) masyarakat.
Contohnya,Pada hujung tahun 2014, beberapa buah Negeri di Malaysia
telah diuji dengan dugaan yang agak
berat iaitu banjir yang agak besar dan
telah menyebabkan kerosakkan serta kemusnahan kawasan perumahan. Musibah banjir
tersebut turut merosakkan tanaman, kematian ternakan,kemusnahan harta benda dan
kehilangan nyawa. Kelantan menrupakan negeri yang paling terjejas teruk dan
sudah pasti mengambil masa untuk pulih kembali.Ujian musim tengkujuh ini,
benar-benar menguji tahap kesabaran mangsa banjir, sekaligus membuktikan
keprihatinan golongan-golongan remaja untuk membantu.
Secara konklusinya,pendidikan yang khusus perlu diterapkan kepada
remaja untuk memupuk dan mengembangkan daya intelektual. Pihak Universiti dan
pusat-pusat pengajian tinggi perlu menjadi tunjang dan ‘batu loncatan’ kepada
pelajar sendiri untuk menjadi remaja yang menitikberatkan keprihatian sosial
dalam diri. Disinilah keprihatinan sosial itu sangat diperlukan kerana ia
memberi makna kepada kewujudan university/pusat-pusat pengajian tinggi di
tengah-tengah masyarakatnya. Ia dapat diibaratkan sebagai tanah yang subur maka
keprihatinan sosial pula benih-benih yang wajar bercambah untuk memanfaatkan
pelajar dan masyarakat sekitarnya.
Keratan Akhbar Tentang Keperhatinan Sosial |
Rujukkan
buku : generasi muda menangani cabaran 2004
|
KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA - Konsep Persaudaraan
KONSEP
PESAUDARAAN
“Sesungguhnya orang –orang mu’min itu bersaudara kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat rahmat”
Setiap umat Islam adalah bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi
melalui tiga cara iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
Persaudaraan yang dimaksudkan adalah bukan menurut ikatan geneologi
tapi menurut ikatan iman dan agama. Hal tersebut disyariatkan dalam larangan Allah SWT
mendoakan orang yang bukan Islam setelah kematian mereka. Oleh itu, kita
sebagai orang Islam perlulah menghormati mereka meskipun mereka orang yang
bukan Islam. Tidak benarlah seorang Muslim mengabaikan ikatan kekeluargaan
walaupun dengan orang bukan Islam.
Seperti contoh,Nabi SAW juga menekankan pentingnya membangun persaudaraan
dalam Islam cara seperti kita ambil berat dan saling tolong-menolong antara
sesama saudara. Baginda besabda “Allah SWT menolong hamba-Nya selama hamba itu
menolong saudaranya”.Juga peristiwa terbaik untk menjelaskan tentang kerjasama
antara umat Islam ialah Perang Uhud. Rasullulah SAW telah memutuskan supaya
bertahan di kota Madinah. Namun, suara majoriti tentera ingin bertahan di luar
kota Madinah.Lalu, Rasullulah SAW telah melaksanakan keputusan majority
tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan Baginda sendiri.Ini bermaksud,
Baginda juga amat menitikberatkan cadangan dan rancangan dari tentera-tentera,
di samping berserah dan bertawakal kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT
tidak akan mebiarkan seseorang itu beseorangan walau sedetik pun seperti sabda
Nabi SAW Yang bermaksud:
“Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah menunaikan
hajatnya”.
Secara kesimpulannya,semua umat Islam itu bersaudara. Oleh itu,
apabila kita ingin memberikan nasihat. Perlulah kita memberikan nasihat dengan
cara yang baik dan mematuhi syariat Islam dengan memberikan nasihat dengan
kata-kata yang lembut ,nasihat yang ikhlas,nasihat itu terlebih dahulu sebelum
menasihati orang lain dan bersikap sabar ketika memberikan nasihat.
Pengertian Persaudaraan |
contoh gambar Rujukkan http://beritaislamimasakini.com/ |
KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA - Konsep Kejiranan
Konsep Kejiranan
“Jiran
sepakat membawa berkat”.Itulah peribahasa yang sangat tepat digunakan sebelum
ini oleh masyarakat dalam tradisi hidup mereka.Untuk menghidupkan konsep
kejiranan atau lebih sinonim lagi ialah rukun tertangga di dalam sesebuah
kawasan atau tempat amatlah penting jika masyarakat memupuk sikap positif
antara satu sama lain seperti tolong menolong ,hormat menghormati dan
sebagainya.
Peranan
dalam memastikan masyarakat jiran tertangga lebih aman dan damai amatlah
penting.Justeru itu , kerjasama antara rukun tertangga mestilah berfungsi untuk
mengawal keselamatan kawasan tersebut.Aktiviti ini juga da[at memupuk dan
masyarakat dapat bekerjasama tidak kira bangsa yang berbeza.Hubungan yang baik
juga sesame jiran mesto dijaga bagi menjamin keharmonian dam keselamatan di
kawasan tersebut.
Seterusnya,sikap
kejiranan mesti diterapkan sejak kecik sama ada di luar bandar atau pun di
kawasan bandar .Pada era globalisasi ini,masyarakat perlulah masyarakat
mestilah memandang semangat ini sebagai satu perkara yang penting di dalam
kehidupan mereka.
Tintasnya
, setiap kawasan atau tempat mestilah mengutamakan sikap perpaduan atau
kejiranan tanpa mengira bangsa dan budaya.Ini akan mewujudkan persekitaran yang
baik dan mewujudkan masyarakat kejiranan yang bersatu padu seperti pepatah
mengatakan ‘ bersatu kira teguh,bercerai kita roboh’.
Konsep Kejiranan Dalam Islam |
Contoh gambar semanagat kejiranan |
Contoh gambar semanagat kejiranan |
Subscribe to:
Posts (Atom)